Kerjaya Tera Patrick

Tera Patrick memulakan kerjaya pornografinya pada tahun 1999 dan, pada tahun 2003, beliau menerima kontrak dari "Vivid Girl".[4] Beliau bersara dari penggambaran adegan di industri dewasa pada tahun 2008 tetapi terus mengendalikan laman peribadinya, syarikat penerbitan, dan meneruskan aktiviti perniagaan lain. Beliau melesenkan katalog filemnya di seluruh dunia.[5]

Patrick telah muncul di majalah Playboy dan Penthouse, yang mana beliau ialah "Pet of the Month" pada Februari 2000[6] dan terpilih sebagai naib juara "Pet of the Year".

Pada November 2006, Patrick membintangi sebuah filem porno berjudul "Tera Patrick Fashion Underground" di mana beliau tampil bersama Jean Val Jean dan Tommy Gunn. Dalam filem yang sama, suaminya, di bawah nama Spyder Jonez, berkongsi adegan bersama Lanny Barby. Dalam sebuah wawancara, Patrick mengatakan beliau tiada masalah dengan apa yang suaminya lakukan iaitu beradegan dengan gadis lain.[7]

Pada April 2007, Patrick dan syarikat penerbitannya, Teravision INC, memfailkan saman terhadap Jenna Jameson dan Playboy Enterprises (pemilik baru Club Jenna) kerana gagal untuk mengurus perhitungan dan membayar royalti ke atas wang yang sepatutnya diperoleh oleh laman web Patrick clubtera.com.[8]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Tera Patrick http://www.bluefood.cc/int_tpatrick.html http://www.adultfilmdatabase.com/actor.cfm?actorid... http://www.avn.com/porn-stars/Tera-Patrick-222594.... http://www.edgeboston.com/index.php?ch=entertainme... http://www.iafd.com/person.rme/perfid=TaraPatrick/... http://www.iafd.com/person.rme/perfid=TaraPatrick/... http://www.imdb.com/name/nm0665927/ http://www.nypost.com/seven/04282007/gossip/pagesi... http://www.realdetroitweekly.com/article_3849.shtm... http://terapatrick.com